sarawak bumi kenyalang

melancong adalah impian setiap insan, samada dalam atau luar negara tidak menjadi masalah yang penting kita keluar dari aktiviti harian yang mengusutkan fikiran. andai anda mahu melancong keluar negara pandai-pandai simpan bajet dari sekarang. ingat lagi masa kecil paling jauh melancong di pulau pinang, tapi hari ini saya mahu berkongsi melancong di bumi sarawak...wow...tak pernah terfikir sebelum ni akan naik kapal terbang akhirnya tercapai jua...



masa ni seronok sangat-sangat dapat lupakan assignment sekejap, lupakan perasaan yang kusut kejap tapi takla sampai lupa daratan...huhu

sebenarnya saya pergi sarawak ni abang long saya sponser satu family pergi, sebab tu leh pergi sarawak kalau tak mesti tunggu lagi lima tahun, kalau nak tunggu universiti bawa kenalah jadi MPP or aktif sukan hehe...

kami di kuching sarawak selama 3hari 2malam saje, kami dibawa oleh pegawai pelancong ke destinasi bersejarah sarawak antaranya pekan, muzium kucing, muzium sarawak yang paling best destinasi makan kami, walaupun kami setakat makan diwarung tapi sedap mee kolok dia.




Bahan-bahan ( 2-3 orang )
• 3-4 gulung mee sanggul / non-fried noodles
• 1 sdm perencah sup
• 100 g daging lembu
• air secukupnya
• sedikit garam
• 5 ulas bawang putih (dicincang)
• 8 biji cili api
• 1 sdt serbuk lada hitam
• 4 sudu makan minyak masak
• 5 sb kicap manis
• 1 sb kicap pekat
• 2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
• daun bawang dan daun sup (dihiris)
• 1 sdt sos ikan / sos soya
• 1 sdt cuka
Cara-cara
1. UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
2.
UNTUK MEE : Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan. (gambar menunjukkan cth mi yg dyg guna)
3. Panaskan 2 sdm minyak masak dlm kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yg tlh ditoskan ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang td. Perasakan dgn cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
4. Di dlm kuali yg sama, panaskan 2 sdm minyak masak dan goreng daging yang tlh dihiris td. Masukkan kicap pekat, 1/2 sb kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.
5.
UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau xde kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
6.
Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yg tlh digoreng garing dan hiaskan dgn daun bawang. Sediakan jg semangkuk sup yg ditabur dgn daun sup sbg kuahnya jika suka.
7. ****kalau nak meriahkan lg suasana mee ni, jika suka boleh jg dicampurkan dgn sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus dulu)

kalau anda suka laksa penang dan johor atau apa-apa laksa, jangan lupa kalau singgah di sarawak ni rasalah laksa sarawak. memang sedap...kalau makan dekat hotel ada kemungkinan harganya mencecah RM15 satu mangkuk tapi memang special dan sedap...



Bahan-bahan ( 10 orang )
• 400gram pes laksa Sarawak Hj Manan (2 bungkus)
• 2 bungkus Bihun
• 500gram udang basah
• 3 ketul dada ayam
• 500ml santan pekat (1 tin santan cream)
• 8 biji telur ayam
• 1 kiub pati ayam maggi
• 2 sudu besar sos tiram
• Garam, gula & msg secukup rasa
• BAHAN TAMBAHAN
• 500gram tauge
• Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka)
• Limau kasturi @ lemon
• SAMBAL BELACAN
• 15 biji cili padi/cabai burung (klu nk pedas lg boleh tambah)
• Belacan Sarawak (@ lain2 negeripun boleh)
• Sedikit air perahan limau@lemon
• Garam & gula
Cara-cara
1. Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.
2. Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.
3.
Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.
4. Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
5. Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula & msg. Biar mendidih seketika.
6. Sementara itu celurkan bihun & taugeh.
7. Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2.
8. Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan limau@lemon.
9. CARA2 MENGHIDANG LAKSA SWK
10. Ambil sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina & sambal belacan. Sendukkan kuah laksa swk yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.

wahh.............sedapnyer....boleh makan dah dua-dua hidangan ni...



ni dekat si putih orang sarawak panggil, istimewanya batu kucing putih ni setiap perayaan akan dipakaikan kucing ini dengan pakaian tradisi perayaan tersebut, contohnya raya cina akan dipakaikan baju tradisi cina, tapi masa ni dia tak pakai baju sebab takde perayaan apa-apa akan berlangsung pada bulan ni.





ni gambar kami di dalam dan di hadapan muzium kucing di kuching sarawak...inilah saat-saat gembira kami bila dapat berkumpul bersama. jika anda diberi peluang untuk ke bumi kenyalang ini, jangan lupa singgah ditempat-tempat yang menarik. segala kegembiraan patut dikongsikan bersama...

0 comments:

Post a Comment