iLMu, aMaL Dan SeDeKaH


Pencarian ilmu tidak pernah berkesudahan, jika ia terhenti maka pincanglah dunia. Ilmu itu bagai pelita hidup. Dengan ilmu manusia mampu mencipta teknologi, memajukan ekonomi, memerintah bumi dan memusnahkan dunia yang sementara ini. Disebabkan itulah sesuatu ilmu itu faedahnya bergantung kepada niat individu itu sendiri, Kadang-kala manusia inginkan ilmu demi duniawi dan diri sendiri serta ada juga inginkan ilmu untuk ukhrawi iaitu mencintai ilmu demi memajukan negara, bangsa, dan agama agar ia tersebar meluas diserata dunia.

keberkesanan sesuatu ilmu itu harus di uji dan dipraktikkan kerana itulah Ilmu dan amal tidak boleh dipisahkan, bagaikan akar dan dahan, bagaikan air dan ikan. Tanpa amal ilmu yang dipelajari sukar diingati dengan mudah. Maka benarlah Hadith Rasulullah yang telah meninggalkan kita lebih 1000 tahun dahulu, ilmu tanpa amal bagai pohon tidak berbuah. Jika kita tidak mensia-siakan ilmu itu pasti pohon itu bagai dihiasi dengan buah-buahan yang cantik dan lazat yang kekal hingga akhir hayat. Ilmu pula perlu disebarkan jika tidak ilmu itu tidak berpanjangan dan kekallah kehidupan manusia tanpa kemajuan.

Rasulullah SAW bersabda :“Apabila mati seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya. Apabila kita meninggal dunia, terputuslah amalan kita secara praktikalnya kerana kita sudah tidak boleh beribadah lagi. Tiada lagi sembahyang, puasa dan lain-lain. Yang masih ada hanyalah tiga perkara itu.

Sedekah jariah ertinya, sedekah yang mengalir iaitu bahan sedekah kita, selama ia masih diguna dan dimanfaatkan, walaupun kita telah meninggal dunia, pahalanya tetap mengalir masuk kepada kita. Contohnya, bersedekah untuk membina masjid, menderma sajadah, membeli buku pelajaran, bercucuk tanam dan sebagainya.

Ilmu yang baik yang diperturunkan itu juga menjadi amal jariah (amal yang mengalir pahalanya walaupun setelah kita meninggal dunia) Begitu juga ilmu dan perbuatan yang tidak baik, seseorang menanggung dosa dari ilmu yang diajarnya atau kesan perbuatannya. Kata Imam Ghazali ” orang yang bernasib baik ialah orang yang dosanya berhenti setelah dia meninggal”

Yassin [12]…dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catatkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata

Perkara yang ketiga ialah anak soleh yang berdoa untuknya. Walaupun hadith ini cuma menyebut tentang anak yang berdoa untuk bapanya, ia tidak menafikan doa seorang anak untuk ibunya, datuknya, neneknya, doa di antara adik beradik dan doa seorang suami kepada isteri atau sebaliknya, sepertimana firman Allah yang mengajar kita supaya berdoa kepada para senior:

Hasyr [10] Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.

0 comments:

Post a Comment