iLMu, aMaL Dan SeDeKaH


Pencarian ilmu tidak pernah berkesudahan, jika ia terhenti maka pincanglah dunia. Ilmu itu bagai pelita hidup. Dengan ilmu manusia mampu mencipta teknologi, memajukan ekonomi, memerintah bumi dan memusnahkan dunia yang sementara ini. Disebabkan itulah sesuatu ilmu itu faedahnya bergantung kepada niat individu itu sendiri, Kadang-kala manusia inginkan ilmu demi duniawi dan diri sendiri serta ada juga inginkan ilmu untuk ukhrawi iaitu mencintai ilmu demi memajukan negara, bangsa, dan agama agar ia tersebar meluas diserata dunia.

keberkesanan sesuatu ilmu itu harus di uji dan dipraktikkan kerana itulah Ilmu dan amal tidak boleh dipisahkan, bagaikan akar dan dahan, bagaikan air dan ikan. Tanpa amal ilmu yang dipelajari sukar diingati dengan mudah. Maka benarlah Hadith Rasulullah yang telah meninggalkan kita lebih 1000 tahun dahulu, ilmu tanpa amal bagai pohon tidak berbuah. Jika kita tidak mensia-siakan ilmu itu pasti pohon itu bagai dihiasi dengan buah-buahan yang cantik dan lazat yang kekal hingga akhir hayat. Ilmu pula perlu disebarkan jika tidak ilmu itu tidak berpanjangan dan kekallah kehidupan manusia tanpa kemajuan.

Rasulullah SAW bersabda :“Apabila mati seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya. Apabila kita meninggal dunia, terputuslah amalan kita secara praktikalnya kerana kita sudah tidak boleh beribadah lagi. Tiada lagi sembahyang, puasa dan lain-lain. Yang masih ada hanyalah tiga perkara itu.

Sedekah jariah ertinya, sedekah yang mengalir iaitu bahan sedekah kita, selama ia masih diguna dan dimanfaatkan, walaupun kita telah meninggal dunia, pahalanya tetap mengalir masuk kepada kita. Contohnya, bersedekah untuk membina masjid, menderma sajadah, membeli buku pelajaran, bercucuk tanam dan sebagainya.

Ilmu yang baik yang diperturunkan itu juga menjadi amal jariah (amal yang mengalir pahalanya walaupun setelah kita meninggal dunia) Begitu juga ilmu dan perbuatan yang tidak baik, seseorang menanggung dosa dari ilmu yang diajarnya atau kesan perbuatannya. Kata Imam Ghazali ” orang yang bernasib baik ialah orang yang dosanya berhenti setelah dia meninggal”

Yassin [12]…dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catatkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata

Perkara yang ketiga ialah anak soleh yang berdoa untuknya. Walaupun hadith ini cuma menyebut tentang anak yang berdoa untuk bapanya, ia tidak menafikan doa seorang anak untuk ibunya, datuknya, neneknya, doa di antara adik beradik dan doa seorang suami kepada isteri atau sebaliknya, sepertimana firman Allah yang mengajar kita supaya berdoa kepada para senior:

Hasyr [10] Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.

DiLeMa aLaM nYaTa

semua manusia pasti pernah mengalami keadaan ini, tetapi prihatinkah kita? atau memandang sepi? setiap manusia mengimpikan kesempurnaan, dilahirkan tanpa cacat dan kekurangan, kehidupan yang senang dan bahagia, tetapi mampukah kita mengingkari takdir PENGUASA ALAM? dengan mengubah fitrah dan tidak mensyukuri serta menyalahkan ibubapa dan PENCIPTA???Renungkanlah......

waktu melawat di Hospital Kuala Lumpur hampir tiba ke penamat, selepas ku kucup tangan ayah yang terlantar di I.C.U Jantung, ku terus keluar dan menanti ibu dan kakak selesai menunaikan fardhu. Sebelum tiba di rumah, kami singgah sebentar di medan selera, ku perhatikan keadaan sekeliling yang riuh sambil menikmati bau yang mengasyikkan. tidak semena-mena ku tertarik dengan sepasang kekasih yang berjalan berpimpin tangan. Sangat romantis dengan kehangatan cinta mereka, tapi aku hairan, mengapa mereka perlu hampiri meja yang berpenghuni, bukankah meja kosong masih banyak. Malas aku fikirkan lebih enak jika aku menikmati hidangan yang tersedia dimejaku ini.

hantakkan meja 'TAP!!' ku alih pandanganku kehadapan kelihatan sekujur badan lelaki yang tegap berdiri sambil menempelak "Apa mintak-mintak! ingat senang ke orang cari duit? kerah tenaga tau! kalau asyik meminta-minta sampai bila nak maju..." sambil melemparkan empat helai satu ringgit Malaysia.

hatiku tersentak...bicara hatiku...'Ya Allah,KAU ampunilah dosa hambaMU ini, sesungguhnya mereka jahil lagi tidak berkuasa.' aku tidak mampu berbuat apa, keadaan ku sememangnya tidak mampu membantu, kerana fikiran ku buntu sambil merenung jauh ke dalam nasi goreng.

"Assalamualaikum.." suara lembut memecah kekhusyukkan renunganku dalam hidangan,aku terpana... kekasih romantis ini adalah pasangan buta. ku perhatikan alur mata wanita itu, kelihatan persis baru menghentikan tangisan atau menahan suatu keperitan yang mendalam, aku terus menghulur 1 ringgit. "tisu dik..." kata perempuan itu, "tidak mengapa" balasku dan membiarkan mereka berlalu pergi.

bahuku ditepuk kakak "adik kau tahu tak tadi dorang kene marah dengan customer kt sane tu, kesian dorang kene tengking, takkan dorang tak kesian kat orang kurang upaya camtu, lagipun ape je pekerjaan yang dorang boleh buat." along menyampuk "sebenarnya banyak tempat yang dorang boleh pergi, ada jugak orang kurang upaya cam dorang bekerja macam anyam tikar, buat bakul, melukis pun ade tau, mungkin dorang xtau caranya."

ibu balas "tapi kadang-kala kita tak tahu dorang ni ada egen atau tak yang bawa ke sini. kalau dorang memang sendiri xpe, tapi kalau dengan agent memang kesian"

aku tertarik dengan 'dibawa oleh agen' pelik dan terfikir masih ada manusia durjana perilakukan perkara sebegini di malaysia. macam citer slumdog millionaire Oh my GOD, malaysia negara maju, rasa macam mustahil tapi bila terkenang kembali setiap kali pergi pasar malam ataupun pasar tani pasti ada orang macam ni, setiap minggu lain-lain,ada melayu, cina, india, warganegara asing pun terlibat sama. kudung tangan, kaki, berbalut sana sini baju koyak rabak lebih kasihan bila mereka mendukung kanak-kanak kecil.kesusahan itu terlihat dari pandangan mata mereka.

ibu pernah bercerita...kalau mereka yang dibawah agent sangat kasihan. satu hari mereka akan menetapkan target wang yang mereka patut perolehi contohnya satu hari paling kurang kene dapatkan RM400 kalau tidak cukup mereka akan dikenakan hukuman seperti tidak diberi makan minum ataupun didera.sudahlah duit mereka meminta-minta dan hasilnya orang lain ambil malahan makan minum mereka pula dicatu mana perginya pembelaan nasib bagi mereka.

andai diikutkan hati ingin sahaja bongkarkan isu ini dengan menyiasat masih berlakukah keadaan ini atau hanya khabar angin dan omongan kosong...entahla....sebelum ni saya tak pernah pula melihat edisi siasat atau aduan rakyat atau 999 atau 360 membongkarkan isu ini. andai saya terlepas episode itu atau ada apa-apa pendapat jom kite kongsi.