Cintaku Songsang Kasihku Terhalang

Menurut akhbar Harian Metro, Khamis, 28 Januari 2010 ‘Moore lelaki kedua hamil suami isteri songsang timang anak pertama bulan depan’. Biasanya kita akan mengalami perasaan cinta dan tertarik terhadap pasangan berlainan jantina (Heteroseksual). Remaja menaruh perasaan terhadap seseorang dan mungkin bertindak mengikut perasaan tersebut. Terdapat pelbagai jenis orientasi seksual iaitu Heterokseksual tarikan cinta dan seksual terhadap pasangan yang berlainan jantina. Biseksual tarikan cinta dan seksual terhadap kedua-dua jantina. Gay suatu label untuk lelaki yang ada tarikan seksual kepada lelaki lain. Lesbian suatu label untuk perempuan yang ada tarikan seksual kepada perempuan lain. Transvertisme lelaki yang suka memakai pakaian perempuan dan mempamerkan dikenali sebagai pondan, mak nyah atau bapok. Transeksual perempuan atau lelaki yang merasakan diri mereka patut tergolong pada seks berlawanan dan merasakan mereka mempunyai organ seksual yang salah dan berkeinginan menukar jantina.

Ada lelaki yang berkahwin dengan wanita atas pilihan keluarga namun mereka tidak menyulam perasaan cinta terhadap isteri, begitu juga sebaliknya. Ini disebabkan mereka berselesa dengan kaum sejenis. Malah, lebih teruk, ada lelaki atau perempuan yang bernafsu songsang yang sudah pun mendirikan rumah tangga dan beranak pinak. Melihat laporan akhbar mengenai gejala homoseksual ia sememangnya amat membimbangkan. Golongan gay dan lesbian ini semakin berani dan tidak segan melakukan ‘mukadimah’ seks terlarang termasuk bercumbu di kawasan terbuka dan tidak perlu lagi merahsiakan hubungan cinta terlarang mereka. Malah, mereka mempunyai kelab gay dan tempat-tempat tertentu untuk menghimpunkan golongan dahagakan seks songsang ini bertemu dan melepaskan keinginan itu. Homoseksual lebih kepada orientasi seksual yang berkait rapat dengan emosi yang mereka cipta sendiri sebagai satu kebebasan serta kenikmatan yang tersasar dari agama.

Bagaimana mahu mengenal pasti diri salah seorang Homoseksualiti? Biasanya akan tertarik pada kaum sejenis tetapi tidak bermakna anda Homoseksual. Mempunyai hubungan romantis yang berpanjangn sesama jantina ada kemungkinan akan menjurus kearah Homoseksual. Menurut kehendak nafsu dengan melakukan aktiviti seks bersama pasangan sama jantina ini berkemungkinan besar anda Homoseksual dan tidak semestinya seseorang itu aktif dalam seksual akan menjadi Homoseksual. Diantara penyebab bermulanya perasaan songsang ini ada diantara mereka menjadi mangsa kecenderungan ibu bapa iaitu Ibu bapa menginginkan anak perempuan atau lelaki sehingga beliau dilayan seperti keinginan si ibu bapa, lantas naluri yang dibentuk menjadi songsang atas kesilapan ibu bapa. Golongan ini lazimnya turut diperkatakan lembut kesan persekitaran yang disentuh ke atas mereka. Selain itu sesetengah golongan Homoseksual ini pernah menjadi mangsa kepada perlakuan songsang orang lain. Contohnya pada usia awal remaja, di cemar oleh nafsu rakus mana-mana lelaki yang ada di sekeliling mereka hingga akhirnya kanak-kanak ini membesar dengan membawa catatan hitam itu kepada sebuah dunia keremajaan dan kedewasaan yang mengelirukan.

Jenis ini, dia mempunyai penampilan yang sempurna sebagai seorang lelaki@perempuan, namun mereka menanggung kejanggalan naluri sebagai rahsia yang akhirnya memakan diri sendiri. Segelintir wanita takut berpasangan dengan lelaki kerana takut dibunuh jika cinta mereka ditolak. (Padah tolak cinta rakan sepejabat, Kosmo, 22 Feuari). Ada juga yang mengalami kekecewaan cinta terhadap kaum lelaki atas sebab dikhianati, bosan akan keiginan lelaki, tidak memahami dan terlalu mendesak. Terdapat juga yang berasa kurang kepercayaan terhadap lelaki kerana takut akan tidakan kejam lelaki yang merogol dan melakukan seks ,luar tabii samada memasukkan ranting kayu atau bendasing ke dalam kemaluan wanita sebagai pemuas nafsu. (Petikan Harian Metro, 3 Mac). segelintir golongan ini takut dan tidak mahu menconteng arang keluarga jika terlanjur dengan pasangan berlawanan jantina sebelum nikah, kerana perkara itu amat memalukan dalam budaya masyarakat kita sekarang berbanding berpasangan sama jantina kerana tidak susah untuk kemana-mana tanpa disyaki dan tidak ditangkap dengan jabatan agama.

Kecenderungan seseorang memilih pasangan songsang kerana kekurang kasih sayang dari ibu bapa dan keluarga. Takut mahu bercinta dengan berlawanan jantina sebab takut di kasari, di khianati dan di kecewakan. Lelaki kurang memahami perempuan dan perempuan kurang memahami lelaki menjadikan masing-masing mudah marah dan susah bertolak ansur. Bagi perempuan, mereka takut diperkosa dan di bunuh apabila keluar bersama. Sikap cemburu lelaki atau perempuan yang keterlaluan. Bagi perempuan, lelaki tidak pandai memujuk melainkan kaum sejenis yang lebih memahami. Yang terakhir hanya yang sejenis sahaja yang dapat memberi kasih sayang dengan sepenuh hati, hidup bersama sejenis amat membahagiakan dan tidak menyakitkan kepala.

Allah menjadikan makhluk berpasangan diantara lelaki dan perempuan. Allah tidak membenarkan hubungan terlarang sesama jenis. Sejarah mencatatkan perbuatan homoseksual pernah berlaku. Dalam Al-quran ada menceritakan kisah umat Nabi Luth a.s yang melakukan hubungan songsang. Lebih menyedihkan, isteri Baginda sendiri tidak mengendahkan peringatannya lalu Allah menurunkan hujan batu dari tanah liat yang panas berapi serta gempa bumi dengan kekuatan bunyi yang menggegarkan pada waktu matahari terbit. Melihat azab yang Allah turunkan kepada umat Nabi Luth, apakah manusia akhir zaman tidak gerun untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Allah berfirman yang bermaksud “Kepada orang-orang yang lelaki, tidak kepada perempuan-perempuan. Memang kamu semua kaum yang melampaui batas.” (Surah al-Aaraf ayat 81) “Dan kami turunkan hujan (hujan batu) kepada mereka. Maka perhatikanlah akibatnya orang-orang melampaui batas.” (Surah al-Aaraf ayat 84) “Lalu suara guruh (bunyi gempa bumi) kepada mereka ketika matahari terbit.” (al-Hijr ayat 73)

Selain dari azab yang menimpa kaum Nabi Luth, kejadian yang sama turut menimpa Kota Pompeii (kini satu kawasan itali). Kota Pompeii adalah sebuah kota terkemuka dalam Empayar Rom pada suatu ketika dahulu. Lebih 1900 tahun lalu, Pompeii adalah sebuah kota purba yang maju sehingga satu kejadian dahsyat melanda menyebabkan keseluruhan bangunan dan penduduknya tertanam 18 meter di dalam lava gunung berapi berkenaan. Masyrakat Pompeii dikatakan tidak menyedari langsung letusan kuat itu berlaku daripada raut wajah artifak yang menggambarkan mereka dalam suasana yang terkejut dan ketakutan yang amat sangat. Kemusnahan Kota Pompeii dikatakan mengamal kepercayaan Mithra yang meyakini bahawa persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara berselindung tetapi terbuka. Sehingga pada tahun 1594, ketika kerja menggali terowong dikaki gunung berapi Vesuvius dijalankan mereka dikejutkan dengan penemuan artifak berupa tembikar dan puluhan tubuh manusia yang sudah membatu dalam keadaan sungguh menggerunkan.

Tinggalan artifak misteri berkenaan akhirnya terjawab apabila masyarakat Pompeii dipercayai menjadikan kota itu sebagai pusat utama aktiviti pelacuran dan seks bebas. Malah, alat kelamin lelaki juga digantung di pintu utama pusat pelacuran terbabit. Sungguh mengejutkan apabila mendapati banyak artifak manusia yang terawet berada dalam posisi persetubuhan termasuk liwat. Demikian sebahagian peringatan yang mahu manusia kembali kepada fitrah asal. Allah befirman yang bermaksud “Sebab itu, setelah datang keputusan kami lalu kami turunkan ke bawah dan kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang terbakar dengan berturut-turut.” (Surah Hud ayat 82). Peringatan Allah itu adalah bagi menyedarkan manusia supaya bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan lalu. Malang sekali manusia tidak pernah mengambil ikhtibar daripadanya. Yang pasti jika terdapat hanya segelintir golongan yang melakukan kemaksiatan maka bala akan menimpa ke atas semua tanpa mengira mereka melakukan atau sebaliknya.

Homoseksual Bukanlah penyakit ia Tidak dijangkiti atau berjangkit. Homoseksual tidak dianggap sebagai masalah kesihatan mental oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Persatuan Psikiatri Amerika. Namun Hubungan seks yang tidak selamat mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit kelamin dan dubur. Homoseksual disabitkan dengan Aids kerana Aids mula dikesan dikalangan Homoseksual. Perbuatan liwat boleh mencederakan dubur dengan mudah, dengan itu virus HIV mudah menjangkiti lapisan permukaan dubur. Bagi pengamal seks songsang sebegini memang tiada penawar bagi mereka jika dijagkiti penyakit yang akhirnya akan memusnahkan seluruh kehidupan mereka kelak. Gejala homoseksual adalah virus yang memerlukan golongan berkenaan menjalani pakej kaunseling lengkap. Golongan gay yang berhasrat untuk berubah hendaklah meninggalkan terus perbuatan terkutuk itu dan bertaubat kepada Allah. Mereka perlu mendapatkan khidmat pakar seperti psikologi dan kesihatan dalam usaha pemulihan diri yang lebih sempurna. Namun, perkara ini berbalik semula kepada kekuatan diri sendiri menangkis perasaan serta tindak tanduk yang boleh membawa kepada perilaku yang keji ini. Virus gejala homoseksual itu amat buruk kesannya sehingga mnyebabkan pengamalnya berasa ketagih dan semakin jauh dari keredhaan Allah.

Jika kita tidak cuba melawan perasaan itu akibatnya kita bukan sahaja mendapat kemurkaan Allah malah dkutuk seluruh makhluk dan hidupan di dunia ini. Terbukti sehala bencana yang diturunkan ke atas manusia sebelum ini berpunca daripada kepincangan yang dilakukan oleh manusia sendiri. Mereka secara terangan melanggar peraturan dan hak yang dihadkan. Lebih malang sekiranya pengamal cinta songsang ini sudah berkeluarga kerana dosa yang ditanggung berlipat kali ganda. Mereka ini merupakan penjenayah besar dalam Islam kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebenar terhadap keluarga. Homoseksual tidak diterima oleh agama dan Negara kerana Homoseksual dianggap bertentangan dengan lumrah kehidupan. Ia Bercanggah dengan fungsi reproduktfi yang semulajadi. Di Malaysia, semua agama Utama melarang perlakuan Gay dan Lesbian. Dan Homoseksual adalah salah di sisi undang-undang. Kesan buruk akibat Homoseksual, mereka akan menderita dalam diam, pura-pura normal, kahwin dan ada keluarga hanya memenuhi kehendak masyarakat. Golongan ini berisiko tinggi mendapat penyakit mental (kemurungan atau bunuh diri), penyalahgunaan dadah, masalah tingkahlaku dan jangkitan seksual (STI’s). Jika melakukan seks tanpa alat perlindungan. Aktiviti ini akan menyebabkan kesan fizikal yang tidak sihat, iaitu sifat kemurungan, lemah tenaga dan pucat. Aktiviti ini seolah-olah Menggalakkan manusia lari dari system perkahwinan yang digalakkan agama Islam. Perkara ini Akan meruntuhkan institusi kekeluargaan yang terhasil di sebalik sesuatu perkahwinan dan yang akhirnya jika amalan ini dibiarkan berterusan akan menjadi penyebab utama kepada pupusnya zuriat manusia secara perlahan-lahan dari masa ke semasa kerana ketiadaan hubungan seks sebenar yang boleh menghasilkan zuriat manusia.

Justeru, pintu taubat masih terbuka luas bagi mereka yang tidak mensyirikkan Allah. Namun taubat mesti dilakukan dengan sebenar-benarnya dengan harapan tidak mengulangi perbuatan silam. Allah berfirman yang bermaksud “Dan mereka tidak menyembah suatu yang lain selain Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan kecuali di atas jalan yang hak dan tidak pula berzina, barang siapa yang melakukan perkara yang ditegah akan mendapat balasan dosanya. Akan digandakan baginya azab seksa di hari kiamat dan kekal di dalam azab dengan penuh kehinaan. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik maka Allah menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah itu tuhan pengampun lagi mengasihani.” (Surah al-Furqan ayat 68 hingga 70).

Cara Kita membantu golongan Homoseksual. Kita Perlu peka mungkin ada rakan sebaya anda sedang menghadapi konflik dengan orientasi seksual mereka. Perlu Sentiasa sensetif terhadap perasaan mereka kerana Mereka juga ada perasaan seperti orang lain jadi mereka berhak diberi layanan yang sama seperti orang lain. Jangan diskriminasikan rakan anda berasaskan orientasi seksual mereka. Cuba Elakkan diri dan rakan melebalkan mereka dengan panggilan pondan, bapok, tomboy, pengkid, les, gay dan sebagainya. Berkongsi masalah bersama dan saling memahami antara jalan yang terbaik untuk membantu golongan ini dari terus terjebak. Sebagai rakan perlu Berfikiran positif dengan keadaan mereka, dan cuba elakan kamu dan dia terjebak sama sekali lagi. Sekiranya saya seorang Homoseksual perlu Dapatkan bantuan dari pusat atau institusi yang menyediakan khidmat sokongan. Anda mungkin boleh berubah sekiranya anda mahu. Jika tidak tahu cara yang berkesan untuk berubah Sila dapatkan nasihat samada dari anggota kesihatan atau kaunselor di sekolah, pakar psikologi atau menghubungi badan-badan bukan kerajaan seperti BEFRIENDERS. Dan harus sedar serta Terima kenyataan, sebagai manusia kita perlu mengubah nasib kita sendiri kerana Allah mengurniakan kita akal dan pegangan Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan untuk seorang khalifah bumi.

Perkahwin sejenis dalam islam ia tidak di namakan sebagai kahwin. Perkahwinan itu tidak sah kerana dalam Islam perkahwinan yang sah hanya berlaku di antara seorang perempuan dengan seorang lelaki sahaja dan tertakluk kepada kesempurnaan rukun dan syarat yang dipruntukan dalam sesuatu perkahwinan itu. Di kalangan para sarjana Islam, hubungan kuar tabi’I ini dinamakan sebagai SIHAQ atau MUSAHAQAH. Ia merupakan perbuatan yang bertujuan memuaskan nafsu seks masing-masing dengan cara yang tertentu (Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, (Hukum Hudud), Negeri Kelantan, Fasal 19). Di dalam istilah sekarang ini ia dinamakan LESBIAN @ GAY. Oleh kerana dalam amalan ini tidak berlaku sentuhan di antara lelaki dan perempuan maka tidak berbangkit apa yang kita namakan sebagai persetubuhan atau liwat. Andai wujud mungkin dengan cara memasukan jari atau alat tertentu ke dalam kemaluan pasangannya.

Kepada remaja seperti ini, elakkan dan jauhi liwat dan cabang-cabangnya sebagaimana lelaki mukmin perlu menjauhi dirinya dari zina, maka lelaki dari kumpulan ini juga mesti menjauhkan diri mereka dari zina sejenis kerana kedua-duanya adalah kekalahan seorang manusia kepada hawa nafsunya yang mengundang penyesalan tanpa penghujung. Allah tidak menghukum kalian atas perasaan itu tetapi hukuman dan kemurkaan bakal menimpa kalian yang merealisasikannya pada perbuatan. Kuatkan Iman dan teguhkan pendirian perjuangan mempertahankan diri dari zina sejenis ini jauh lebih sukar kerana golongan ini sentiasa tinggal bersama golongan yang menjadi kecenderungan nafsunya. Jika lelaki normal boleh menghindarkan dirinya dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, golongan ini pula harus berusaha berganda. Ceburkan diri pada amalan Islam tempuhilah usia akhir belasan tahun dan 20an itu sabagai usia mujahadah menetang gelodak hormone dan ketidakseimbangan emosi yang rumit. Berikan diri kepada aktiviti-aktiviti khususnya kerja Islam dan sebutlah kesukaran yang muncul itu sebagai cara Allah mengekalkan kita dalam kebaikan.

“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, di ujinya dia itu dengan kesusahan” (Al-Bukhari dan Muslim) Kesusahan hidup di jalan dakwah, akan menyulitkan nafsu bangun menjajah keputusan diri. Bukan bermaksud agar mereka perlu sengaja mencari kesusahan diri tetapi jalan dakwah dan kesibukkan akan menghindarkan remaja lelaki yang normal dan ‘tidak normal’ ini dari dosa Fahsya’ seperti zina dan yang seumpama dengannya. Sibukkan diri lupakan perasaan songsang itu. Syiir Arabi “Rukood al-maa’yufsiduhu, firaagh asy-syaab yaqtuluhu” Maksud “ Air yang bertakung tidak mengalir akan rosak (oleh statiknya itu), pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu” – Pepatah Arab.

Peluang untuk kembali normal memrlukan masa untuk merawat kesakitan jiwa itu dengan syarat kita tetapkan diri pada menjauhkan diri dari maksiat. Tunggulah hingga reda gelodak nafsu itu pada usia remaja seperti ini. Kemudian baru kita bercerita tentang liku-liku mencari jalan sebuah perkahwinan yang penting tiada keinginan songsang lagi. Bagi ibubapa dan pihak penaja yang menghantar pelajar ke luar Negara, ketahuilah bahawa kebebasan undang-undang dan persepsi persekitaran terhadap homoseksualiti ini sedang rakus mengorbankan ramai anak muda kita. Semoga ALLAH memelihara kita semua, dan adik- adik remaja ini dari fitnah dunia akhir zaman yang sungguh kejam terhadap mana-mana insan yang mahu hidup dengan bara Islam yang digenggam.

0 comments:

Post a Comment