Nyamuk Niee!!!!!

PaP! Pap! Pap!" ish geram betul lah nayamuk ni, bising betul...pukul dah la tak dapat, gigit orang nombor satu." pasti perkara sebegini pernah berlaku kepada anda semua...tahukah anda sebelum ini kita pernah buat perjanjian dengan nyamuk? hahahaa...pasti anda terkejut mendengar kisah ini...



bermulalah kisah dahulu kala yang jauh jauh belaka dari masyarakat hang tuah. di sebuah kampung bernama Mala Jauh...terdapat seorang ibu bernama embun yang hidup di penghujung kampung bersama anak lelakinya jaguh, tetapi jaguh tidak seindah namanya, oleh kerana nasib kehidupan mereka yang susah dan sengsara menyebabkan mereka dihina orang-orang kampung.

berkebun ditanah sekangkang-kera itulah satu-satunya hasil pendapatan dan sumber makanan mereka berdua. suatu hari istana penchala margha sari di balai diraja, digegarkan dengan rintihan puteri megawati yang mahu berumah tangga kerana bosan hidup kesepian. dengan rasa kebimbangan yang mendalam raja gurkha menitahkan kepada sida diraja bahawa sesiapa yang ingin berkahwin dengan puteri tunggalnya puteri megawati haruslah berlawan dengan panglima akhsyin yang gagah sebagai tanda bakal menantunya itu layak menjaga puterinya.

kedengaran berita itu, seluruh pemuda negeri penchala margha sari mahu mengambil bahagian termasuk jaguh, dia berlatih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kekuatan dan bertapa untuk memikirkan cara penyelesaian untuk mengalahkan panglima akhsyin. hari pertandingan sudah tiba, jaguh berasa amat risau akan keadaannya, dia tidak mahu mengecewakan ibunya dan mahu keluar dari gelumang kesusahan.

"Jaguh...apa yang kamu menungkan itu?" bilang ibu embun
"jaguh risau bu, jaguh takut kegagalan, jaguh tidak mahu kita hidup susah lagi." kata Jaguh
"ibu ada suatu rahsia" kata ibunya kemudian berbisik kepada anak bujangnya.
"betul kah ibu? saya akan cuba cari sampai dapat." tegas jaguh

awal pagi lagi jaguh sudah berangkat ke hutan untuk mencari gua gentayangan. perjalanan yang jauh amat meletihkan sehingga sampai puncak bukit "ibu pesan 'puncak bukit puncak gunung, belum ke puncak harus gentayang gunung'.apakah maksudnya? haruskah aku daki gunung tinggi ini? aduh..." keluh jaguh tetapi dia terus mendaki dan merentasi laluan hijau kerana dia harus menghabiskan perjalanannya tidak mungkin toleh kebelakang, dia harus berjumpa dengan saudagar bangsawan bunian.

"eh? mengapa gunung ini tiada puncak? mengapa gunung ini seperti pernah di potong. apa yang sudah berlaku?" lalu jaguh dongak ke atas 'oh..inilah gunug gentayangan, gunung yang tergantung dari kakinya' katanya didalam hati. jaguh terus memanjat menggunakan akar kayu yang berjuntai.

tibalah jaguh di hadapan gua. jaguh baru menapak ada sesuatu menegurnya.
"Hey manusia, apa hajat kau datang kemari?"
"aku mahu minta tolong dari kamu penunggu gua"
"hanya tiga permintaan unutkmu"
"aku mahu jadi kuat."
"baiklah aku kabulkan, tetapi ada syarat, permintaan keduamu haruslah dilakukan dengan segera sebelum purnama pertama."
"baiklah."
keluarlah cahaya sakti dari langit dan mengubahkan jaguh menjadi sasa, lebih tampan dan bergaya.
"terima kasih penunggu"
"ingat sebelum purnama pertama."

Jaguh terus berlari sepantas kilat dan menyertai pertandingan. jaguh telah berjaya menumpaskan panglima akhsyin. kerana kehebatannya itu, raja mengangkatnya sebagai ketua tentera sayap kanan diraja. dan diberi ganjaran lumayan.
"ibu kita sudah tidak hidup susah ibu tak perlulah pergi kekebun lagi. dengan upah raja beri mampu sara hidup kita selamanya cuma jaguh pelik mengapa raja gurkha masih tidak mahu jaguh berjumpa dengan puteri megawati."
"sabar nak...jangan terburu-buru, mungkin baginda memerlukan ruang, biarlah, yang penting jaguh sudah berjaya dapatkan apa yang jaguh hajatkan."

balai rong diraja pechala margha sari di penuhi dengan panglima dan menteri diraja, semuanya berbisik-bisik tidak tahu mengapa raja mahu bersidang.
"Wahai menteri dan panglima beta sekelian, hari ini beta mahu memberi pengumuman penting. sepertimana yang kamu tahu puteri beta bakal disunting oleh panglima jaguh kita, tetapi beta tahu diantara kamu juga ada yang menaruh kasih dengan puteri beta. jagi dengan ini beta menitahkan semua panglima dan menteri harus bertarung kebolehan masing-masing. jika ada yang melanggar titah beta, pancung kepalanya."

selepas mendengar titah jaguh segera berangkat ke gua gentayangan. memohon hajat yang kedua. "hai penunggu gua gentayangan, aku serumu keluar dari persembunyian."
"mampukah kau melihatku andai aku keluar dari gua ini?"
"aku anggapmu umpama sahabatku seburuk manapun kau aku terima."
penunggu gua gentayangan keluar dari persembunyian dan terkejutlah jaguh kerana melihat seekor nyamuk gergasi yang tersangat-sangat besar.
"aku sudah katakan kamu tidak mampu melihat ku hahahahaa.."
"aku mampu melihatmu walaupun aku mendongak."
"apakah hajatmu kali ini? baru beberapa hari sudah kemari?"
"aku mahu menjadi bijaksana dan pandai segala-galanya."
"tidak cukupkah dengfan kekuatan yang aku berikan?"
"cukup cuma aku memerlukan kebijaksanaan untuk mendapatkan apa yang aku inginkan."
"baiklah aku kabulkan. dengan syarat permintaan ketiga kau harus tunggu hingga aku tiba. kalau tidak aku akan tarik hajatmu."
"baiklah aku setuju."
nyamuk gergasi mengembangkan sayapnya keluarlah seuncang bijian.
"kau makan bijian ini kau akan menjadi bijak."

jaguh terus berlari sampai dibalai istana jaguh terus menelan kesemua bijian itu. dan akhirnya jaguh menangkis segala kebijaksanaan panglima dan menteri dengan sekelip mata. Raja gurkha mula menyayangi jaguh dan sudah bersedia menerima jaguh sebagai menantunya.
"Beta amat berbangga untuk menerima panglima jaguh sebagai menant beta. beta mahu kamu langsungkan perkahwinan kamu esok, bersiaplah."
"Menjunjung titah tuanku."
"tapi beta ada satu syarat."
"segala titah tuanku patik laksanakan."
"beta mahukan subang emas sebagai hantaran puteri beta."
"Baik tuanku."

hatinya gusar bagaimana harus cari? sedangkan subang emas hanya ada di alam bunian. kalau pergi ke alam itu tidak mampu kembali lagi. aku harus buatkan hajat ini kepada nyamuk gergasi.
"wahai penunggu gua gentayangan keluarlah kamu."
tiada jawapan
"wahai penunggu gentayangan keluarlah kamu!"
juga tiada jawapan
"wahai penunggu gentayangan kalau kau tidak menjawab aku masuk ke dalam tempat kamu."
tiada jawapan

jaguh maasuk kedalam melihat keadaan dalam gua. kelihatan harta yang banyak, ubatan yang berbotol-botol, buku-buku yang menimbun. "wah...patutlah minta apa saja dia mampu berikan. biar aku lihat-lihat mana tahu ada subang di kawasan ini." jaguh cari di setiap sudut 'tiada' dia cari di bahagian ubatan 'tiada'. dia mencari di bahagian buku-buku 'juga tiada'. jaguh keluar dengan kesedihan tiba-tiba ternampak satu kotak disudut terpencil.

jaguh cuba buka kotak itu dan terlihat perhiasan yang banyak dan terlihat sepasang subang emas yang sangat-sangat cantik "akhirnya aku jumpa juga. pasti Raja Gurkha terpegun akan kehebatan aku." jaguh berlari meninggalkan tempat itu dan terus melangsungkan perkahwinan dengan puteri megawati, puteri tercantik di benua itu. sekembalinya nyamuk gergasi dia mencari-cari subang isimewa kepunyaannya. keseluruhan tempat dan si setiap sudut dia mencari. "pasti ini kerja jaguh, siaplah kamu."

pada malamnya penunggu gua itu pergi ke istana mencari subang kepunyaannya dan bawa pulang semula. "Kandaa...................mana subang dinda, kanda letak di mana?" "dinda...semalamkan dinda memakainya? dimana dinda simpan?"
"dinda tidak membukanya."
'ini pasti kerja penunggu' monolog jaguh...
"tak mengapa dinda kanda akan cuba dapatkan kembali."

jaguh terus berangkat ke gua gentayangan dan menyeru penunggu gua gentayangan itu.
"wahai penunggu gua gentayangan keluarlah engkau aku tahu kau sudah kembali, aku mahu kau pulangkan semula barang yang kau ambil."
"oh...panglima jaguh...berani kamu menapak kesini, sudahla ambil hartaku tanpa kebenaran, adakah kau lua janjimu padaku?"
"aku tidak sesekali lupa, tetapi aku mahu ketepatan masa, kau yang tidak menepati janji."
"hahahaaaa....nampaknya kamu memang sudah lupakan diri kam sebenarnya."
"baiklah...kau akan dapat balasannya nanti."

jaguh meninggalkan tempat itu, tetapi dia tidak terus pulang, jaguh memasang rancangan mahu menghapuskan Nyamuk gergasi itu. lewat malam masa yang sesuai, jaguh curi-curi masuk kedalam gua. 'oh...kau pakai subang itu ye, biar aku rampas darimu.' jaguh berjalan perlahan - lahan dan mencabut subang di telinga nyamuk perlahan-lahan. subang yang terakhir dicabut tiba-tiba nyamuk gergasi itu bertukar menjadi nyamuk kecil. jaguh terkejut dan terus nyalakan api lalu membakar gua itu.dan terus berlari pulang.
"hahahahaaa.....padan muka kau nyamuk, aku berjaya juga akhirnya."

si nyamuk tadi tersedar dari lenanya, melihat guanya terbakar dia terbang keluar.
"melampau, manusia tidak mengenang budi, kau sudah menukarku menjadi kecil, dan kau sudah tahu segala rahsiaku aku akan balas dendam."
si nyamuk terus pergi ke istana.
"bagaimana harus aku lakukan,"
si nyamuk terjah ke telinga jaguh dan berteriak "pulangkan subang aku, pulangkan subang aku."
jaguh menghayunkan tangannya ke telinga, nyamuk mampu mengelak. "biar aku gigit dia." si nyamuk gigit tangan kiri jaguh untuk menyedarkan jaguh akan kehadirannya. tetapi tangan kanan jaguh menepuk kearah nyamuk, nasib baik nyamuk mampu mengelak tetapi kakinya patah, azam keramat si nyamuk. "aku akan ganggu keturunan kau jaguh sampai bila-bila."

sebab tu kalau nyamuk bising di telinga kita, sebenarnya dorang cakap "pulangkan balik subang aku, pulangkan balik subang aku." huhu percaya tak?heheheeee